Monday, 31 October 2016

assignment keusahawanan:CIRI KEUSAHAWANAN YANG BERJAYA


1.0 Pengenalan
Menurut Coulter (2000) menyatakan bahawa keusahawanan sebagai satu proses di mana seorang individu atau sekelompok orang mengambil langkah-langkah yang sesuai dan sebagai orang tengah cuba merebut peluang yang wujud di persekitaran perniagaan supaya dapat mencipta sesuatu yang bernilai tinggi dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sesuatu yang dihasilkan perlu memiliki keunikan yang tersendiri dan cuba melakukan inovasi ke atas barang yang dihasilkan supaya dapat ditambahbaik produk tanpa mengambil kira sumber kawalan yang digunakan. Seseorang yang menceburi dalam bidang perniagaan bersifat aktif  untuk meluaskan perniagaannya.
Berdasarkan pengkaji Sexton dan Bowman–Upton (1991) mencadangkan bahawa keusahawanan merupakan satu proses yang digunakan untuk menganalisiskan dan membuat ramalan tentang peluang- peluang yang wujud di pasaran. Bukan itu sahaja, usahawan perlu menyusun sumber dengan baik supaya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan semasa membuat perancangan dan mengambil tindakan sesuai seterusnya mengekpoitasikan keperluan sumber-sumber dengan tujuannya untuk kepentingan peribadi dalam jangka masa yang panjang.
Bagi menurut Webster’s New World lebih mementingkan keuntungan. Bagi beliau berpendapat bahawa usahawan adalah seorang yang pandai menyusun dan mengurus sumber serta pengambilalihan risiko yang dihadapi dan cuba membuat andaian secara efektif supaya dapat meningkatkan keuntungan semasa menjalankan perniagaan dalam janka masa panjang. Seterusnya, menurut David Mc Clelland membuktikan bahawa jika sesorang ingin berjaya dalam bidang tertentu perlu mempunyai kehendak pencapaian tinggi iaitu mempunyai maltlamat yang jelas dan sistematik untuk memastikan perancangan awal yang ditetapkan dapat dicapaikan dan kawalan dalaman yang tinggi serta berani mengambil risiko dalam keadaan ketidaktentuan. Dalam kajian ini, kumpulan saya akan menjelaskan secara terperinci dan jelas tentang ciri-ciri yang diamalkan oleh ushawan yang berjaya dalam bidang tertentu berserta menerangkan contoh seorang tokoh usahawan yang berjaya dalam biang yang telah diceburinya iaitu Robert Kuok Hock Nien. Beliau dikenali sebagai King of Sugar dan terkenal di seluruh dunia.



















2.0 CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
2.1 Berwawasan
Seseorang yang berwawasan adalah seseorang yang mempunyai atau menentukan  hala tuju dan idea yang jelas tentang apa yang sepatutnya dilakukan pada jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek. Ciri ini sangat penting dalam mengatur strategi perniagaan dan ciri ini membolehkan seseorang usahawan untuk merangka hala tujuan ke atas perniagaan yang dijalankan. Sebagai usahawan yang berjaya iaitu  Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi dengan tujuan membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Beliau telah membina kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Motosikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi  ia bermula dipasang di Malaysia kerana kewujudan pembinaan kilang ini pada tahun 1969. Pembinaan kilang ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos pemasangan dan kos jualan. Ini juga boleh dikatakan bahawa beliau sememangnya seorang yang berpandangan jauh kerana dapat buat perkembangan dalam perniagaannya untuk terus maju. Dengan terbinanya kilang ini, beberapa model baharu motosikal Honda telah diperkenalkan dan telah bermula pada tahun 1971 iaitu Honda S90Z.

Menurut sumber sejarah, Tan Sri tidak boleh menulis ataupun membaca, tetapi disebabkan daya ingatan beliau adalah sangat tinggi, maka beliau sering bergantung pada ingatannya dalam membuat sebarang keputusan atau pertimbangan. Dengan sikap yang berwawasan tinggi inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk terus berjaya terutama dalam bidang permotoran. Sikap ini merupakan kunci kejayaan di dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di industri pemotoran Malaysia. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini.




2.2 Rangkaian
Rangkaian bermaksud mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan perniagaan dengan rakan niaga yang lain. Usahawan dapat memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan boleh menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka jika usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna sama ada luaran atau dalaman. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Rangkaian yang baik ini boleh menjadi teladan kepada usahawan yang lain. Bukan itu sahaja, ini adalah susah untuk seseorang usahawan mencapai kejayaan tanpa penolongan daripada pihak lain. Oleh itu, usahawan mestilah membina rangkaian yang baik sama ada rangkaian rasmi atau rangkaian tidak rasmi kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat dan sasaran perniagaan.
Sebagai contoh usahawan yang mempunyai ciri rangkaian dalam perniagaan yang diusahakan olehnya ialah Tan Sri Dato’ Dr. Tony Fernandes yang juga dikenali sebagai Tony Fernandes. Pencapaiannya yang terbesar ialah memulihkan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Beliau telah memperkenalkan pernerbangan tambang murah yang disegani di Malaysia dengan slogan “Now everyone can fly”. Dalam mencapai kejayaannya, beliau mendapat bantuan daripada sahabatnya iaitu Datuk Kamarudin Meranum. Tony Fernandes menyatakan hasratnya adalah untuk menjadi seorang usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada sahabatnya selepas tertarik dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Easyjet. Beliau tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia. Jadi, mereka telah membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sejumlah modal memulakan perniagaan. Beliau telah meminta bantuan daripada Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lesen penerbangan dan seterusnya dibawa untuk berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri pada masa itu. Akhirnya, lesen penerbangan berjaya diperoleh. Beliau telah menjemput Datuk Pahamin menjadi rakan kongsi kerana Datuk Pahamin telah merealisikan impiannya menjadi kenyataan.
Kerjasama mereka telah menjadikan syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang kini popular di Malaysia. Semua lapisan masyarakat boleh menikmati perkhidmatan ini. Seterusnya Tony Fernandes telah melebarkan legasi perniagaanya dengan mengadakan kerjasama di Thailand dan Indonesia di mana AirAsia memegang 49% syer dalam kedua-dua syarikat penerbangan di negara tersebut. Dengan ini, AirAsia dapat meluaskan perniagaanya di rantau Asia hingga ke peringkat global.
Jadi, memang tidak dinafikan bahawa usahawan itu akan berjaya tanpa bantuan pihak lain. Melalui kerjasama kedua-dua pihak, masalah dapat dikongsi dan dibincangkan seterusnya diselesaikan bersama. Tanpa rangkaian dan hubungan yang terjalin, hasratnya tidak dapat ditunaikan dan dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya pada era kini.
2.3 Taat
Taat mengambil maksud keupayaan untuk meramalkan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini dikatakan penting kerana seseorang yang mempunyai ciri ini akan membuat perancangan sama ada jangka masa pendek atau jangka masa panjang sebelum sesuatu berlaku. Usahawan dapat melihat lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan. Usahawan yang taat akan mengetahui tentang perancangan, cara menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini membolehkan mereka meramal perkara sebelum berlaku sama ada perkara itu akan memberikan keuntungan atau kerugian kepada perniagaan mereka.
Sebagai contoh, Tan Sri Dato 'Shahril Shamsuddin, yang berumur 54 tahun, telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan kepada Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 9 Disember 2011. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan. Beliau adalah seorang usahawan minyak dan gas dan beliau memenangi Malaysia Usahawan Ernst & Young Anugerah Tahun pada tahun 2009.
Semasa beliau berumur 30 tahun, beliau telah mula mengambil syarikat ahli kepimpinan bapanya dan bapanya telah menjadi mentor kepadanya. Beliau melihat bapanya yang bekerja keras dengan satu matlamat, iaitu untuk memberi pendidikan kepada anak mereka dan ini telah menjadi dorongan untuk menjadi seseorang seperti bapanya.
Sejak bercakap tampuk pentadbiran di Sapura Kencana, Tan Sri Dato’ Seri Shahril telah memacu syarikat itu ke dalam pelbagai perniagaan baru dan projek di Malaysia, Australia, Brazil, Mexico, Vietnam, China, Afrika Barat dan beberapa negara lain. Pada hari ini, Sapura Kencana mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM 22 bilion, aset bernilai RM15 bilion dan kakitangan seramai 11 000 pekerja.
Pada akhir tahun sembilan puluhan, pasaran kita tidak ada pembekal perkhidmatan minyak dan gas syarikat manakala negara ini adalah pengeluar minyak. Beliau telah menganggotai pasukannya membentuk satu pasukan dan mengisi jurang. Semasa itu, banyak syarikat berminat dalam bidang teknologi maklumat tetapi mereka keluar dari bidang itu dan memasuki bidang minyak dan gas. Beliau sangat prihatin tentang topic dan masalah itu dan akhirnya memilih bidang minyak dan gas yang mempunyai potensi untuk berkembang. Negara kita perlu berasa bangga dengan adanya usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.
2.4 Proaktif
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, proaktif bermaksud kita bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan kita yang diambil jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Tingkah laku proaktif bertujuan untuk mengenal pasti dan mecari peluang perniagaan serta mengambil tindakan segera terhadap masalah, ancaman dan potensi. Usahawan yang proaktif akan memiliki matlamat yang jelas dan bertindak lebih agresif dalam segala tindakan yang akan dilakukan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif akan selalu mencari peluang-peluang baru di luar bidang operasi perniagaan untuk mengembangkan perniagaannya. Sekiranya pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan atau produk yang diberi oleh usahawan, usahawan yang proaktif akan memperbaiki kelemahan perkhidmatan ataupun produk dengan segera supaya dapat mencapai kejayaan dalam perniagaannya.
Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin. Beliau telah menubuhkan pasaraya Mydin selepasa ayah beliau. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamad bin Ghulam Hussein. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan waktu permulaan perniagaan pada tahun 1957 dengan menggunakan simpanan sendiri, kemudian beliau mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk mengembangkan perniagaannya. Kini beliau telah berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasar raya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasar raya mini, 10 kedai serbaneka dan 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin. Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.
2.5 Budaya terbuka
Budaya terbuka merujuk kepada seseorang yang boleh menerima budaya dan pengentahuan luar. Memahami perbezaan budaya adalah sangat penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dalam dunia perniagaan antarabangsa. Usahawan yang Berjaya akan menerima pendapat yang berbeza budaya dan menganalisiskan maklumat tersebut supaya dapat digunakan sebagai strategik dalam perniagaan yang dapat membantu perniagaan berkembang. Sebagai contoh, seseorang usahawan perlu peka terhadap kesesuaian baranagan yang akan dikeluarkan pada negara tersebut supaya tidak menimbul perselisihan faham yang tidak dihendaki.
Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau merupakan anak kedua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Bachelor of Arts & Science, University of Tulsa.
Beliau pernah tersenarai sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia Forbes dengan nilai harta kekayaan sebanyak U$$1.2 billion iaitu bersamaan RM3.81 bilion pada tahun 2014. Namun, beliau mendapat tangga ke-26 usahawan terkaya di Malaysia pada tahun 2015 dengan nilai yang menyusut sebanyak RM2.52 bilion.
Mokhzani mempunyai sifat terpuji yang perlu dilengkapi dalam diri usahawan. Antaranya rasa ingin tahu yang mendalam dan ambil tahu yang ada dalam diri beliau  perlu diterapkan dalam setiap anak muda dan diamalkan agar generasi usahawan berjaya tidak akan lenyap. Sebagai seorang ahli perniagaan, sikap aktif beliau turut disegani di mana beliau memegang banyak jawatan dan banyak melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan bidang seperti Bendahari Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Ahli Lembaga Pengarah Sapur Kencana dan lain-lain.
Beliau turut menunjukkan minat sejak dari kecil lagi dalam bidang petroleum. Pengalaman yang dilalui semasa melanjutkan pelajarannya dijadikan motivasi kepada dirinya untuk menubuhkan syarikat dan mampu bekerja sendiri. Impian untuk menubuhkan syarikat sendiri tercapai apabila beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn. Bhd ,dalam bidang Oil dan Gas service provider, IT, automotif dan hartanah. Syarikat beliau membuat penyelidikan untuk mengembangkan syarikatnya selepas kemajuan syarikat beliau menambahkan semangat kepada mereka. Beliau belajar cara mengurus perniagaan dari syarikat lain yang sama aliran dengan mengumpul maklumat dan ambil tahu tentang langkah yang terbaik untuk dilaksanakan.
2.6 Berorientasikan Hasil
Berorientasikan hasil bermaksud memperoleh hasil dari sesuatu perniagaan dengan pencapaian matlamat dalam keusahawanan. Seseorang usahawan akan mementingkan keuntungan yang dapat diperolehi oleh mereka kerana semua keuntungan ini akan dapat menolong mereka dalam perkembangan perniagaan mereka. Tambahan pula, dengan mempunyai hasil yang lumayan, mereka dapat menjalankan penyelidikan tentang produk yang baru dan dapat membuka pasaran baru dalam perniagaan mereka. Usahawan yang berjaya akan sentiasa melihat peluang dan mengambil kesempatan untuk melakukan pembaharuan ataupun perubahan dalam kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.
Sebagai contoh, Jimmy Choo yang merupakan usahawan dalam pereka kasut dan telah berjaya mengembang perniagaannya di merata dunia bukan sahaja terkenal di Malaysia. Beliau lahir di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan beliau telah mewarisi kepakaran ayahnya yang merupakan pembuat kasut. Dengan usaha yang berterusan, beliau telah berjaya membuat sepasang kasut semasa beliau hanya berumur 11 tahun. Beliau belajar di kolej teknik Cordwainers di England dan beliau telah membuka sebuah kedai kasut di Hackney di sebuah bangunan hospital lama pada tahun 1986 sebagai percubaannya yang pertama dalam perniagaan. Namun, perniagaannya merosot disebabkan jualan kasutnya merosot dalam masa empat tahun. Tetapi beliau tidak memutus asa untuk melibatkan diri dalam bidang kasut, beliau telah berjaya merebut peluang untuk mereka kasut kepada Puteri Diana dan akhirnya jualan kasut beliau berjaya meningkat balik apabila Puteri Diana suka terhadap rekaan kasutnya. Dengan kesempatan, beliau berjaya menubuhkan Jimmy choo Ltd bersama Tamara Mellon yang merupakan editor British Vogue.
Dalam sepanjang perniagaannya, beliau telah dianugerahkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen, gelaran “Professor” oleh University of the Arts London yang memberikan sumbangan dalam dunia fesyen dan juga “Order of the British Empire” oleh Permaisuri Queen Elizabeth II pada tahun 2002. Kasut yang bertemakan gaya dan kemewahan telah berjaya menarik perhatian ramai terutama artis di merata dunia. Kegigihan beliau akhirnya mendapat hasil walaupun sebelum ini menghadapi kegagalan. Kejayaan beliau disebabakan beliau memikirkan strategi terbaik untuk syarikat dalam meningkatkan kualiti dan sentiasa berusaha memahami cita rasa pelanggan untuk menghasilkan reka cipta yang disukai oleh orang ramai.
2.7 Risiko yang Diperhitung
Kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri yang perlu diamalkan oleh usahawan yang berjaya. Perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran sehingga merentasi sempadan akan mengambil risiko untuk mendapatkan keuntungan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri ini hendaklah dirancang dengan teliti serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan kesan negatif kepada perniagaan dan dapat mendapatkan pulangan yang selamat.
Saya berpendapat bahawa bagi ciri kegagalan sebagai satu pilihan yang boleh membantu seseorang usahawan berjaya dalam biang yang diceburi seperti berikut adalah Tan Sri Dr. Jefferey Cheah. Beliau memulakan perniagaan dalam bidang keusahawaaan dan sebagai peneraju bagi kumpulan Sunway.
Perkara yang menunjukkan beliau mengamalkan ciri –ciri tersebut adalah semasa berlaku kemelesatan ekonomi pada tahun 1985. Pada masa itu, kegawatan ekonomi menjadi semakin berleluasa dan juga menjejaskan dana saham Syarikat Holding Berhad. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian yang besar Beliau telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah kerugian semasa kegawatan ekonomi. Masalah ini dapat mendorong beliau mempelbagaikan kepada beberapa jenis bidang yang boleh diceburi supaya mengurangkan risiko yang dihadapi. Maka, beliau memulakan membuka perniagaan baru dari pelbagai sector khususnya  seperti perhotelan, pelaburan, pembangunan hartanah dan sebagainya.
Seterusnya, beliau juga membuat keputusan untuk mengurungkan beban syarikat, maka menjual jentera yang tidak diperlukan dalam proses perniagaan seta menutup perniagaan yang membawa hasil yang sedikit pada krisis ekonomi tahun1997. Tan Sri. Dr Jeffrey Cheah mengambil risiko untuk membina Bandar Sunway di kawasan bekas lombong tersebut, walaupun ditolak oleh orang ramai tetapi beliau masih meneruskan pembinaan tersebut.  Beliau Berjaya membangunkan Bandar Sunway dengan kelengkapan pebagai kemudahan.
2.8 Kegagalan adalah satu pilihan
Seseorang usahawan yang berjaya tidak boleh menerima sebarang kegagalan dalam bidang yang diceburi. Tetapi, mereka cuba melihat kegagalan yang dihadapi sebagai pengerak utama bagi mengejarkan matlamat yang ingin dicapai. Dari kegagalan mendorong seseorang menjadi lebih bersifat insiatif untuk melihat persekitran secara keseluruhan supaya dapat mengenal pasti dan menganalisiskan peluang yang wujud pada masa itu. Mereka perlu menerima segala kegagalan yang dihadapi dan terus memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Kebanyakan usahawan yang gagal akan cepat berputus asa dalam bidang yang telah diceburi. Walaubagaimanapun, usahawan yang berjaya akan menerima kegagalan sebagai peluang menimba ilmu pengetahuan dan membuka minda supaya mencapai matlamat. Kegagalan adalah satu pilihan juga merupakan salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seseorang usahawan untuk menyelesaikan masalah secara berterusan dengan menggunakan strategi-strategi yang berkesan.
Ciri kegagalan adalah satu pilihan yang diamalkan oleh seorang usahawan iaitu Colonel Harland David Sanders. Beliau pandai memasak dan makanan tersebut yang disukai oleh penduduk setempat. Pada masa itu, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan supaya memenuhi permintaan penduduk setempat dan perniagaan ini dikembangkan secara langsung sehingga sebagai “Kentucky” di Pekan Corbin. Pada umur 65 tahun, beliau mempromosikan resipi masakan ayam goreng supaya perniagaannya menjadikan sebagai francais. Resipi tersebut ditolak oleh restoran-restoran sebanyak 1009 kali tetapi beliau tidak berputus asa dalam bidang yang diceburi. Beliau cuba menggunakan strategik-strategik yang berkesan untuk mengubahkan repisi sehingga diterima oleh orang ramai. Hal ini membukitkan bahawa kegagalan kali pertama dalam perniagaan tidak menentukan akan gagal pada masa yang akan datang. Kegagalan sendiri bukan alasan untuk anda harus berhenti, keadaan tersebut hanyalah ketika diberi pengajaran lebih terhadap perjuangan anda.


2.9 BERORIENTASIKAN PASUKAN
Orientasi berpasukan merupakan satu kaedah terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang usahawan. Hal ini kerana kekuasaan sesebuah pasukan dapat menjana pelbagai idea yang bernas serta mengenal pasti jalan penyelesaian dapat diperolehi  oleh ahli pasukan semasa perbincangan. Komunikasi amat dititikberatkan dalam perbincangan kerana komunikasi yang baik antara ahli pasukan bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pembuatan keputusan dalam jangka masa yang pendek. Hal ini dapat mengelakkan pertelingkahan dan dapat membina suasana kerja yang kondusif. Perniagaan yang berjaya bukanlah dibina oleh seorang sahaja tetapi memerlukan tenaga dan usaha daripada ahli pasukan bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang perniagaan.
Usahawan yang mengamalkan konsep ini ialah Larry Page . Beliau adalah seorang  pengasas Google yang terkenal dan juga berperanan sebagai pengarah bagi syarikat multinasional. Beliau berfokus kepada memberikan perkhidmatan berasaskan enjin carian iaitu internet. Pada mulanya, beliau berusaha mencari seorang teman yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang matematik dari World Wide Web. Pada masa itu, seorang individu yang bernama Terry Winograd. Beliau mempercayakan dan menerima pendapat daripada Terry Winograd. Beliau bekerjasama dengan Terry Winograd untuk memulakan bidang ini. Idea yang diberikan oleh Terry Winograd dapat membantu beliau mengejarkan matlamat lebih efektif.
Semasa belajar di Universiti Stanford, beliau menemui Sergey Brin, hubungan mereka tidak erat kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam bidang tertentu tetapi akhirnya mereka  mencapai satu semangat pakatan yang rapat  dapat menarikkan minat mereka dalam topik. Topik yang dibincangkan adalah mengenai pencarian maklumat dari kumpulan data besar. Pada masa kini, Google telah menubuhkan sebuah pasukan yang sempurna untuk menguruskan dan mengembangkan Google supaya menghasilkan sesuatu yang boleh memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, beliau menubuhkan satu pasaukan yang berlainan dengan pasaukan yang ditubuhkan sebelum itu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan iaitu untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya mudah diakses di serata dunia. Beliau dengan rakannya mempunyai misi yang sama untuk mengejarkan matlamat. Orang terkaya di dunia mengikut urutan ke-19 dipegang oleh Larry Page, kelahiran Rusia yang terkenal dalam Google dan ia kembangkan bersama rekannya Sergery Brin. Pada tahun 2016 ini, Majalah Forbes membuktikan bahawa jumlah kekayaan bersih telah mencapai US$ 29.9 juta melampaui rekannya tersebut.
















3.0 CIRI USAHAWAN
Robert Kuok dilahirkan di Johor Bahru, Malaysia pada bulan Oktober 1923. Keluarga beliau berasal dari wilayah Fujian, China. Beliau adalah seorang usahawan yang paling terkenal di Malaysia dan juga diberi gelaran “Raja Gula” dan “Hotel King”. Beliau menamatkan pengajian di sekolah Inggeris di Johor Bahru di Malaysia dan Kolej Raffles di Singapura. Pada masa yang sama, beliau bekerja di bawah Mitsubushi Shoji Kaishi yang menjalankan perniagaan jual beli iaitu menjual beras, gula dan garam. Pasukan yang berada di bawah kepimpinan beliau berkembang menjadi sebuah empayar perniagaan yang sangat luas. 

Selain itu, syarikat telah diluaskan ke luar negara adalah seperti Singapura, Thailand, China, Indonesia dan Australia adalah skop perniagaan utama bagi pencapaian beliau. Beliau telah menjalankan pelbagai perniagaan adalah seperti bidang perladangan tebu, pembuatan gula, penghasilan tepung, memprosesan minyak hingga ke perlombongan hartanah, kewangan, perhotelan, perindustrian, pertanian, perdagangan dan perkapalan. Robert Kuok telah mengawal 80% pasaran gula Malaysia dan sebahagian daripada 20% adalah pasaran gula di seluruh dunia. Hal ini menunjukkan beliau telah berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Berdasarkan penyelidikan daripada Forbes, nilai kekayaannya dianggarkan sebanyak $11.3 bilion pada tahun Mac 2016 oleh Robert Kuok. Hal ini menunjukkan beliau sudah dikenal pasti sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut. Beliau juga sebagai seorang dermawan yang terkenal yang sanggup mendermakan sebahagian hartanya dengan tujuannya untuk kebajikan masyarakat. Terdapat beberapa ciri yang diamalkan oleh Robert Kuok adalah berikutnya:

Seseorang usahawan perlulah sentiasa memerhati sekeliling dengan peka dengan isu-isu masyarakat, memberi perhatian, sentiasa mencari dan mencipta peluang untuk mencapai kejayaan. Beliau mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaannya selepas zaman orang British mahu meninggalkan Malaya.
Di samping itu, Robert Kuok bukan sahaja melibatkan diri dalam sejenis perniagaan sahaja. Melalui pemerhatiannya, beliau mendapati negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang terkenal kerana negara China mempunyai ramai orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengeluran barangan yang unik dengan harga yang murah dan tempat yang bersejarah yang dapat menarik pelancong asing ke sana. Hal ini menyebabkan beliau telah melibatkan diri dalam industri pelancongan di China supaya dapat memperluaskan bidang perniagaan lain.
Selain itu, beliau membuat keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan dengan penubuhan Perlis Plantations Berhad. Hal ini menunjukkan beliau berpandang jauh dengan menggunakan satu kawasan yang terbiar di Perlis untuk menjadikan Cane Garden berskala besar-besaran untuk menghasilkan gula. Beliau tidak berputus asa dan berusaha mencari peluang yang diwujud di persekitaran kerana gula adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Ini adalah kerana beliau ingin mengurangkan beban rakyat Malaysia dengan menetapkan harga yang rendah.
Rangkaian perniagaan amat signfikan kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaannya. Rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan usahawan cina seperti Liem Sioe Liong dan Datuk Tan Chin Nam perlu dipelihara dengan baik bagi menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas.
Robert Kuok dikenali sebagai seorang yang teliti, kurang bercakap tetapi mempunyai sifat yang berdikari, pertuturan lemah lembut jadi orang suka bergaul dengannya. Beliau mewarisi perniagaan bapanya yang menguruskan perniagaan jual beli iaitu Syarikat Tong Seng dan mengamalkan hubungan yang baik dengan pemimpin Johor untuk belajar cara membina hubungan rapat dengan orang sekeliling. Beliau pernah berkata: “ Jika seseorang boleh meningkatkan kemahiran komunikasi, maka dunia akan menjadi lebih dekat kepada-Nya.” Hal ini menyebabkan beliau belajar memupuk tabiat yang baik sejak kecil dan beliau boleh menguasai  dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Cina dengan baik. Ini telah membolehkan beliau dapat berinteraksi  baik dengan ahli politik di Malaysia pada masa hadapan.
Perkenalan pertama antara Robert Kuok dengan China bermula semasa perang perdagangan gula. Pada tahun 1960, selepas industri keluarga Indonesia Oei Tiong Ham diambil alih oleh kerajaan Indonesia, Kementerian Perdagangan Luar Negeri China mendapat peluang untuk mengeksport gula dan menjual gula di Malaysia untuk menguasai pasaran dalam jangka masa panjang. Manakala beliau mengambil keputusan untuk mengimportkan gula dari India dengan harga yang lebih rendah untuk mendapatkan semula tanah kilang tempatan. Beliau juga  membeli gula mentah dari Thailand dan memproseskan semula gula menjadikan gula yang bertulen serta mengagihkan ke seluruh dunia dengan mendapat bantuan daripada industri Hong Kong sebagai ejen yang berperanan  menjualkan gula yang diperolehi kepada China. Keadaan ini menyebabkan negara China mengurangkan pengeluran gula dan telah mengalami kerugian yang besar. Hal ini telah membuktikan beliau adalah seorang yang bijak dalam mengurus perniagaan dan juga digelar sebagai “Raja Gula”. Selepas itu, kerajaan China berkenal dengan Kuok dan memandang tinggi tentang personaliti Kuok. Jadi, pihak China menjalankan urusan perniagaan gula dengan Kuok melalui pertubuhan perniagaan di Hong Kong.
Beliau juga teleh menubuhkan Kerry Trading Company (Kerry) di Hong Kong dan melangkah ke bidang media serta hartanah seperti South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga telah menguasai The Bangkok Post. Bukan itu sahaja, beliau juga mengambil peluang dengan melibatkan diri dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan pernerbitan dengan mengambil alih TVE Holdings. Kemudian, beliau berturut-turut di Malaysia, Thailand, Hong Kong, Fiji, Korea Selatan, Filipina, Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara lain menubuhkan rantaian hotel yang lima bintang bagi Shangri-La. Rangkaian yang dibuat oleh beliau membolehkan beliau sering menerima anugerah dalam pertandingan antarabangsa dalam industri perhotelan.
Tan Sri Robert Kuok tidak menyukai masyarakat menamakan beliau sebagai Sugar King disebabkan beliau menceburi dalam banyak perniagaan termasuk rangkaian Hotel Shangrila. Beliau merupakan usahawan yang realistik kerana beliau tidak hanya menceburi dalam bidang industri gula sahaja. Beliau menyatakan bahawa: “setiap perniagaan ada risikonya, maka anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja.” Beliau juga telah menyatakan bahawa seorang usahawan perlu berani untuk membuka pasaran yang baru dan bukan sahaja menceburi sendiri dalam bidang tertentu sahaja, tiada perubahan bermakna seseorang usahawan tersebut hanya akan membawa keuntungan yang terhad sahaja.
Beliau pernah mencadang melaburkan semua wang syarikat ke dalam projek penapisan gula kerana gula pasir juga memainkan peranan yang penting dalam sektor makanan selain tepung gandum, dalam ini beliau juga telah menyatakan bahawa pasaran gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu dan merupakan perniagaan yang paling mudah untuk mendapatkan keuntungan kerana industri teknologi maklumat belum lagi bermula pada masa itu. Tegasnya, tindakan Tan Sri Robert Kuok yang berani memasukkan semua wang ke dalam satu perniagaan bermakna beliau sangat realistik terhadap perniagaan yang boleh meraut keuntungan dalam jangka masa yang paling pantas.
Selain itu, Tan Sri Robert Kuok tidak menghadkan perniagaannya dalam bidang gula sahaja, beliau telah bercuba menubuhkan hotel pertama beliau yang bernama Hotel Shangri-La di Singapore pada tahun 1971. Pada tahun yang sama, beliau telah memasuki industri hartanah di Hong Kong apabila beliau mengambil alih sebidang tanah yang bertempat di Pantai Timur Tsim Sha Ysui dan beliau telah mengambil kesempatan untuk membina hotel yang kedua di tempat tersebut iaituKowloon Shangri-La. Kemudian, beliau berpendapat bahawa industri pelancongan di China akan berkembang pesat pada masa hadapan dan telah mendapatkan peluang untuk menubuhkan Hotel Shangri-La di Hangzhou, China. Dengan sikap realistik yang dimiliki oleh beliau telah berjaya membina sebanyak 72 buah Hotel Shangri-La di seluruh China dan kini beliau bukan sahaja mempunyai pelaburan di China, beliau juga telah melabur di banyak negara seperti Singapore, Filipina, Thailand dan sebagainya untuk mendapatkan keuntungan yang paling maksimum.
Usahawan yang serba boleh bermakna usahawan tersebut mampu buat apa-apa sahaja dengan tujuan memajukan perniagaan mereka. Seseorang yang bijak dalam mengendalikan situasi yang akan berlaku pada masa hadapan. Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri, namun kini beliau telah menjadi orang utama syarikat multinational, kumpulan Kuok. Syarikatnya mempunyai banyak pelaburan di banyak negara di Asia selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia. Perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan serta penerbitan.
Beliau dikatakan serbu guna disebabkan beliau telah menceburi dalam pelbagai industri dan bukan sahaja terhad dalan industri gula sahaja seperti industri pelancongan dan media. Beliau menegak bahawa negara China akan menjadi destinati pelancongan yang hebat kerana mempunyai tempat bersejarah yang banyak walaupun kemudahan pelancongan di negara China menghadapi keadaan serba kekurangan terutama tandas pada masa itu. Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau tetap berusaha untuk membangunkan industri pelancongan di China dan kini telah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidang tersebut.
Di samping itu, para peniaga yang beliau jumpai di negara barat kagum atas pendirian beliau yang serba guna disebabkan beliau mampu berbahasa Inggeris dengan baik sebagai seorang berketurunan Cina dan ia merupakan kunci kejayaan beliau berjaya dalam industri penapisan gula. Akhirnya, beliau telah berusaha gigih untuk pergi ke lima hingga enam buah pejabat dengan pegawai-pegawai syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke Singapura supaya boleh dapat maklumat yang paling tepat dan terkini, beliau juga bekerja hingga lewat malam dan tidur tidak sampai sejam malah kadangkala beliau akan meneruskan kerjanya pada hari keesokkan jika tertidur dalam pejabatnya.
Seorang usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan perlu mengamalkan sifat berwawasan dan sentiasa mengeratkan hubungan yang baik dengan pekerja. Kerjasama dengan pekerja amat signifikan oleh sesebuah perniagaan apabila menghadapi masalah dapat diselesai dengan cepat melalui idea-idea yang diperolehi dalam kalangan pekerja. Beliau yang mengamalkan ciri berpasukan yang berorientasikan. Beliau merupakan seorang usahawan yang terkaya di  dalam kalangan usahawan lain. Beliau memulakan perusahaan pertama iaitu perniagaan gula.
Pada tahun 1957, beliau membuat keputusan untuk melawat ke London dengan tujuan untuk mempelajari perdagangan komiditi iaitu mengenal pasti segmen permintaan yang mana patut diberikan tumpuan dan teknik yang digunakan oleh orang putih untuk menghasilkan gula.  Sebelum melawat ke London, beliau menolong bapany iaitu Kuok Keng untuk mengurus perniagaan Tong Seng. Belaiu cuba menganalisis permintaan di pasaran supaya dapat membantu perniagaan berkembang dengan cepat. Beliau juga mengeratkan hubungan yang rapat dengan syarikat tempatan London supaya syarikat tersebut  membekalkan sumber-sumber yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan bagi menghasilkan gula yang bertulen.
Pada tahun 1958, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Sugar Manufacturing Company berkerjasama dengan Mitsui Bussan Khaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada tahun1968, beliau berjaya membangunkan sebuah kilang yang menghasilkan gula dan membina sebuah kilang tepung di bahagian utara Malaysia.  Bukan itu sahaja, beliau juga menceburi dalam bidang perladangan tebu pertama di Malaysia di atas tanah milik kerajaan mendapat sokongan daripada FELDA. Beliau membuat keputusan untuk mengekalkan kontrak dengan kerajaan Indonesia supaya dapat mengembangkan  ladangnya ke negara jiran iaitu Indonesia.  Beliau dapat berkerjasama  dengan pihak berkuasa di negara tersebut iaitu Lembaga Tabung Angkatan  Tentera dan Amanah Saham National supaya dapat kebenaran untuk membuka lading di kawasan tertentu. Kerjayaan beliau telah memberikan galakan dan dorongan kepada kerajaan Malaysia untutk menubuhkan Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura  dan  juga menubuhkan sebuah syarikat perkapalan yang pertama di Malaysia. Syarikat perkapalan telah dikenali sebagai Malaysia Shipping Line Corporation (MISC) sehingga sekarang.
Selain itu, beliau juga mengembangkan perniagaan kepada bidang lain iaitu perhotelan. Beliau mengambil berat tentang keperluan  pekerja agar mereka dapat bekerja dengan lebih bersemangat dan aktif unutuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelangga. Hal ini disebabkan pelangga sebagai pihak yang berkepentingan dalam perniagaan. Permintaan pelanggan dapat dimuaskan dapat meningkatkan imej hotel. Bagi Robert Kuok, berpasukan yang unggul dapat mengekalkan tahap perniagaan beliau.



















4.0 PENUTUP
Dalam kajian ini, kami telah mendapati ciri-ciri keusahawan dengan secara ringkasnya yang patut dimiliki oleh setiap usahawan iaitu berwawasan, rangkaian, taat, proaktif, budaya terbuka, berorientasikan hasil, risiko yang diperhitung, kegagalan adalah satu pilihan dan berorientasikan pasukan. Sembilan ciri-ciri keusahawan ini dapat membantu usahawan berjaya di perniagaan mereka dengan lebih cepat dan juga berkesan
Kami juga telah membuat analisis atas seorang usahawan dalam kajian ini iaitu Robert Kuok yang merupakan “Raja Gula” yang terkenal di pasaran perniagaan. Namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan pernamaan ini, beliau telah bercuba melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan bukan sahaja dalam bidang gula sahaja. Beliau telah berjaya menciptakan kerjayaan yang cemerlang dalam bidang hotel, hartanah, kewangan, perindustian, perdagangan dan juga perkapalan untuk memaksimumkan keuntungannya.
Secara fakta, Robert Kouk tidak mungkin berjaya dalam perniagaannya hanya bergantung dengan model yang ada, beliau telah melaksanakan pelbagai teknik dan juga ciri keusahawan yang membantu beliau menguasai pasaran dengan berkesan. Antaranya beliau sentiasa memerhati sekeliling dengan peka dengan isu-isu supaya tidak melepaskan sebarang maklumat ataupun peluang yang penting dalam perniagaan dan sentiasa menjaga rangkaian perniagaan yang dapat menjamin perkembangan perniagaan dengan lebih luas dan lancar.
Selain itu, beliau juga telah bersikap realistik iaitu beliau menjelaskan sendiri tidak bolah hanya menceburi diri dalam bidang gula sahaja yang hanya dapat membawa keuntungan yang terhad, oleh itu beliau bermula mencari pasaran yang lain untuk memaksimumkan keuntungannya. Seterusnya beliau mempunyai ciri serba boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang perniagaan kerana usahawan dapat memperoleh kepercayaan pelabur dengan lebih mudah melalui keupayaan yang serba boleh, contohnya Robert Kuok dikagumi oleh peniaga lain di negara barat bahawa pendirian beliau yang serba guna dengan beliau menguasai bahasa Inggeris dengan baik walaupun beliau merupakan keturunan cina. Akhirnya, berpasukan yang berorientasikan telah diamalkan oleh beliau dalam pengurusan perniagaannya, ini telah berjaya membantu beliau dapat memperoleh idea-idea yang berlainan daripada pasukan yang dimiliki olehnya dan membantu beliau dapat mengembangkan perniagaannya dengan berkesan.
Secara keseluruhannya, ciri-ciri keusahawan sangat penting kepada usahawan untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Usahawan boleh berjaya bila-bila masa tanpa mengira bidang dan juga umur menceburi mereka sendiri dalam bidang perniagaan selaginya mempunyai pemikiran yang berpotensi dan relevan, ini telah bermakna semua orang mempunyai potensi untuk memiliki kerjayaan sendiri dalam kehidupan asalnya mempunyai idea dan teknik perniagaan yang cemerlang.













 Rujukan

Annabelle R. Gambe. (1991) Overseas Chinese Enterpreneurship and Capitalist Development in Southest Asia. Lit Verlag Munter- Hambury-London
Ashadi Zain. (2004) 66 Usahawan. PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
H.Abdullah Ahmad. (2012). Berani Tanpa Segan. Grup Buku Karangkraf
Coulter, M. (2000). Entrepreneurship in Action. New Jersay: Prentice Hall

Kamariah Wahad. (2006). Rahsia Cepat Naik Pangkat. Perpustakaan Negara Malaysia
Lauren Goldstein Crowe, Sagra Maceira de Rosen (2009) The Jimmy Choo Story. Great Britain
Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Narashidah Hashim, Ooi Yeng Keat. ( 2010). Keusahawanan: Teori dan Praktis ( Edisi Kedua). Mc Graw-Hill( Malaysia) Shd Bhd
Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusof Mohd Jani, Mohd Khairuddin Hashin. (2007). Keusahawanan. Mc Graw-Hrill (Malaysia) Sdh Bhd
R. Ampalanavaner Brown. (1943). Chinese Bussiness Enterprise (Volume 4). London and New York
Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamas Yusof Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita Deraman, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Rosli Mohd Saad, Azrain Nasyrah  Mustapa. (2007) Prinsip-Prinsip Asas Keushawanan. Malaysia. KHL Printing CO. Shd Bhd.
Sexton. D. L& Bowman-Upton, N. (1991). Enterpreneurship. New York. Mascmillan Dafna Kariv (2011) Entrepreneurship: An International Introduction. Routledge
Sheila Griffin Llanas. (1958). Colonel Harland Sanders: KFC Creator. Abdo Publishing
Sudin Haron, (1990)Kaedah Menjadi Usahawan yang Berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zafir Mohd Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun. (2003). Menjadi Usahawan. PTS Professional Publishing Sdh Bhd
The Star: Down to Earth Tycoom (19 September 2012)
http://www.biography.com/
http://www.kentuckyfriedcruelty.com/
http://www.melaka.gov.my/ Bahagian K- Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka (2004). Buletin ICT Negeri Melaka















3 comments:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete
  2. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete
  3. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
    Harrah's Cherokee Casino 문경 출장샵 & Hotel · 3401 광명 출장샵 North Carolina 전라북도 출장샵 Avenue Cherokee, NC. Directions · (877) 469-3380. Call Now 안동 출장샵 · More Info. 속초 출장샵 Hours, Accepts Credit Cards,

    ReplyDelete