1.0 Pengenalan
Menurut Coulter (2000) menyatakan bahawa keusahawanan
sebagai satu proses di mana seorang individu atau sekelompok orang mengambil
langkah-langkah yang sesuai dan sebagai orang tengah cuba merebut peluang yang
wujud di persekitaran perniagaan supaya dapat mencipta sesuatu yang bernilai
tinggi dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Sesuatu yang
dihasilkan perlu memiliki keunikan yang tersendiri dan cuba melakukan inovasi
ke atas barang yang dihasilkan supaya dapat ditambahbaik produk tanpa mengambil
kira sumber kawalan yang digunakan. Seseorang yang menceburi dalam bidang
perniagaan bersifat aktif untuk
meluaskan perniagaannya.
Berdasarkan pengkaji Sexton dan Bowman–Upton (1991)
mencadangkan bahawa keusahawanan merupakan satu proses yang digunakan untuk
menganalisiskan dan membuat ramalan tentang peluang- peluang yang wujud di
pasaran. Bukan itu sahaja, usahawan perlu menyusun sumber dengan baik supaya
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan semasa membuat perancangan dan
mengambil tindakan sesuai seterusnya mengekpoitasikan keperluan sumber-sumber
dengan tujuannya untuk kepentingan peribadi dalam jangka masa yang panjang.
Bagi menurut Webster’s New World lebih mementingkan keuntungan.
Bagi beliau berpendapat bahawa usahawan adalah seorang yang pandai menyusun dan
mengurus sumber serta pengambilalihan risiko yang dihadapi dan cuba membuat
andaian secara efektif supaya dapat meningkatkan keuntungan semasa menjalankan
perniagaan dalam janka masa panjang. Seterusnya, menurut David Mc Clelland
membuktikan bahawa jika sesorang ingin berjaya dalam bidang tertentu perlu
mempunyai kehendak pencapaian tinggi iaitu mempunyai maltlamat yang jelas dan
sistematik untuk memastikan perancangan awal yang ditetapkan dapat dicapaikan
dan kawalan dalaman yang tinggi serta berani mengambil risiko dalam keadaan
ketidaktentuan. Dalam kajian ini, kumpulan saya akan menjelaskan secara
terperinci dan jelas tentang ciri-ciri yang diamalkan oleh ushawan yang berjaya
dalam bidang tertentu berserta menerangkan contoh seorang tokoh usahawan yang
berjaya dalam biang yang telah diceburinya iaitu Robert Kuok Hock Nien. Beliau
dikenali sebagai King of Sugar dan terkenal di seluruh dunia.
2.0
CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA
2.1
Berwawasan
Seseorang yang
berwawasan adalah seseorang yang mempunyai atau menentukan hala tuju dan idea yang jelas tentang apa
yang sepatutnya dilakukan pada jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek.
Ciri ini
sangat penting dalam mengatur strategi perniagaan dan ciri ini
membolehkan seseorang usahawan untuk merangka hala tujuan ke atas perniagaan yang dijalankan.
Sebagai usahawan yang berjaya iaitu Tan
Sri Dato’ Loh Boon Siew dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang
tinggi dengan tujuan membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Beliau telah
membina kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly
Plant milik Boon Siew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau
Pinang. Motosikal Honda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi ia bermula dipasang di Malaysia kerana
kewujudan pembinaan kilang ini pada tahun 1969. Pembinaan kilang ini secara
tidak langsung telah menjimatkan kos pemasangan dan kos jualan. Ini juga
boleh dikatakan bahawa beliau sememangnya seorang yang berpandangan jauh kerana
dapat buat perkembangan dalam perniagaannya untuk terus maju. Dengan terbinanya kilang ini, beberapa model baharu
motosikal Honda telah diperkenalkan dan telah bermula pada tahun 1971 iaitu
Honda S90Z.
Menurut sumber sejarah, Tan Sri
tidak boleh menulis ataupun membaca, tetapi disebabkan daya ingatan beliau
adalah sangat tinggi, maka beliau sering bergantung pada ingatannya dalam
membuat sebarang keputusan atau pertimbangan. Dengan
sikap yang berwawasan tinggi inilah yang memacu Tan Sri Loh Boon Siew untuk
terus berjaya terutama dalam bidang permotoran. Sikap ini merupakan kunci
kejayaan di dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di industri pemotoran
Malaysia. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan
kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini.
2.2
Rangkaian
Rangkaian bermaksud
mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan perniagaan dengan rakan niaga yang
lain. Usahawan dapat memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan
boleh menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka jika usahawan mempunyai
rangkaian yang baik untuk pengguna sama ada luaran atau dalaman. Hubungan
rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran
rangkaian. Rangkaian yang baik ini boleh menjadi teladan kepada usahawan yang
lain. Bukan itu sahaja, ini adalah susah untuk seseorang usahawan mencapai
kejayaan tanpa penolongan daripada pihak lain. Oleh itu, usahawan mestilah
membina rangkaian yang baik sama ada rangkaian rasmi atau rangkaian tidak rasmi
kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian matlamat dan sasaran
perniagaan.
Sebagai contoh usahawan
yang mempunyai ciri rangkaian dalam perniagaan yang diusahakan olehnya ialah
Tan Sri Dato’ Dr. Tony Fernandes yang juga dikenali sebagai Tony Fernandes.
Pencapaiannya yang terbesar ialah memulihkan syarikat AirAsia sebagai sebuah
syarikat penerbangan antarabangsa. Beliau telah memperkenalkan pernerbangan
tambang murah yang disegani di Malaysia dengan slogan “Now everyone can fly”.
Dalam mencapai kejayaannya, beliau mendapat bantuan daripada sahabatnya iaitu
Datuk Kamarudin Meranum. Tony Fernandes menyatakan hasratnya adalah untuk
menjadi seorang usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada sahabatnya
selepas tertarik dengan iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu
Easyjet. Beliau tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk
memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia. Jadi, mereka telah membuat
keputusan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan
sejumlah modal memulakan perniagaan. Beliau telah meminta bantuan daripada
Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk mendapatkan lesen penerbangan dan seterusnya
dibawa untuk berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri
pada masa itu. Akhirnya, lesen penerbangan berjaya diperoleh. Beliau telah
menjemput Datuk Pahamin menjadi rakan kongsi kerana Datuk Pahamin telah
merealisikan impiannya menjadi kenyataan.
Kerjasama mereka telah
menjadikan syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. menjadi syarikat penerbangan
tambang murah yang kini popular di Malaysia. Semua lapisan masyarakat boleh
menikmati perkhidmatan ini. Seterusnya Tony Fernandes telah melebarkan legasi
perniagaanya dengan mengadakan kerjasama di Thailand dan Indonesia di mana
AirAsia memegang 49% syer dalam kedua-dua syarikat penerbangan di negara
tersebut. Dengan ini, AirAsia dapat meluaskan perniagaanya di rantau Asia
hingga ke peringkat global.
Jadi, memang tidak
dinafikan bahawa usahawan itu akan berjaya tanpa bantuan pihak lain. Melalui
kerjasama kedua-dua pihak, masalah dapat dikongsi dan dibincangkan seterusnya
diselesaikan bersama. Tanpa rangkaian dan hubungan yang terjalin, hasratnya
tidak dapat ditunaikan dan dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya pada era
kini.
2.3 Taat
Taat mengambil maksud
keupayaan untuk meramalkan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Ciri ini dikatakan penting kerana seseorang yang mempunyai
ciri ini akan membuat perancangan sama ada jangka masa pendek atau jangka masa
panjang sebelum sesuatu berlaku. Usahawan dapat melihat lebih jauh untuk
mengembangkan perniagaan. Usahawan yang taat akan mengetahui tentang
perancangan, cara menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang. Usahawan
yang mempunyai ciri-ciri ini membolehkan mereka meramal perkara sebelum berlaku
sama ada perkara itu akan memberikan keuntungan atau kerugian kepada perniagaan
mereka.
Sebagai contoh, Tan Sri
Dato 'Shahril Shamsuddin, yang berumur 54 tahun, telah dilantik sebagai
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan kepada Lembaga Pengarah
sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 9 Disember 2011. Beliau juga
merupakan ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan. Beliau adalah seorang usahawan
minyak dan gas dan beliau memenangi Malaysia Usahawan Ernst & Young
Anugerah Tahun pada tahun 2009.
Semasa beliau berumur
30 tahun, beliau telah mula mengambil syarikat ahli kepimpinan bapanya dan
bapanya telah menjadi mentor kepadanya. Beliau melihat bapanya yang bekerja
keras dengan satu matlamat, iaitu untuk memberi pendidikan kepada anak mereka
dan ini telah menjadi dorongan untuk menjadi seseorang seperti bapanya.
Sejak bercakap tampuk
pentadbiran di Sapura Kencana, Tan Sri Dato’ Seri Shahril telah memacu syarikat
itu ke dalam pelbagai perniagaan baru dan projek di Malaysia, Australia,
Brazil, Mexico, Vietnam, China, Afrika Barat dan beberapa negara lain. Pada
hari ini, Sapura Kencana mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM 22 bilion,
aset bernilai RM15 bilion dan kakitangan seramai 11 000 pekerja.
Pada akhir tahun
sembilan puluhan, pasaran kita tidak ada pembekal perkhidmatan minyak dan gas
syarikat manakala negara ini adalah pengeluar minyak. Beliau telah menganggotai
pasukannya membentuk satu pasukan dan mengisi jurang. Semasa itu, banyak
syarikat berminat dalam bidang teknologi maklumat tetapi mereka keluar dari
bidang itu dan memasuki bidang minyak dan gas. Beliau sangat prihatin tentang
topic dan masalah itu dan akhirnya memilih bidang minyak dan gas yang mempunyai
potensi untuk berkembang. Negara kita perlu berasa bangga dengan adanya
usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan
datang.
2.4 Proaktif
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, proaktif bermaksud kita bersikap positif dengan
merangka dan mengawal tindakan kita yang diambil jauh lebih awal daripada
jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Tingkah laku proaktif
bertujuan untuk mengenal pasti dan mecari peluang perniagaan serta mengambil
tindakan segera terhadap masalah, ancaman dan potensi. Usahawan yang proaktif
akan memiliki matlamat yang jelas dan bertindak lebih agresif dalam segala
tindakan yang akan dilakukan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif
akan selalu mencari peluang-peluang baru di luar bidang operasi perniagaan
untuk mengembangkan perniagaannya. Sekiranya pelanggan tidak puas hati dengan
perkhidmatan atau produk yang diberi oleh usahawan, usahawan yang proaktif akan
memperbaiki kelemahan perkhidmatan ataupun produk dengan segera supaya dapat
mencapai kejayaan dalam perniagaannya.
Sebagai contoh
usahawan yang proaktif iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin. Beliau
telah menubuhkan pasaraya Mydin selepasa ayah beliau. Pengasas bagi Syarikat
Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamad bin Ghulam Hussein.
Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah
berbanding pasaraya lain. Beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan
waktu permulaan perniagaan pada tahun 1957 dengan menggunakan simpanan sendiri,
kemudian beliau mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk
mengembangkan perniagaannya. Kini beliau telah berjaya memiliki lebih daripada
200 kedai termasuklah 12 pasar raya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53
pasar raya mini, 10 kedai serbaneka dan 5 francais di beberapa negeri di
Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.)
Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi
permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan
pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan
untuk memenehu permintaan baru pelanggan.
2.5
Budaya terbuka
Budaya terbuka merujuk
kepada seseorang yang boleh menerima budaya dan pengentahuan luar. Memahami
perbezaan budaya adalah sangat penting kepada kejayaan sesebuah syarikat dalam
dunia perniagaan antarabangsa. Usahawan yang Berjaya akan menerima pendapat
yang berbeza budaya dan menganalisiskan maklumat tersebut supaya dapat
digunakan sebagai strategik dalam perniagaan yang dapat membantu perniagaan
berkembang. Sebagai contoh, seseorang usahawan perlu peka terhadap kesesuaian
baranagan yang akan dikeluarkan pada negara tersebut supaya tidak menimbul
perselisihan faham yang tidak dihendaki.
Usahawan
yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau merupakan anak
kedua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Siti Hasmah
Mohamad Ali. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Bachelor of Arts
& Science, University of Tulsa.
Beliau
pernah tersenarai sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia Forbes dengan nilai
harta kekayaan sebanyak U$$1.2 billion iaitu bersamaan RM3.81 bilion pada tahun
2014. Namun, beliau mendapat tangga ke-26 usahawan terkaya di Malaysia pada
tahun 2015 dengan nilai yang menyusut sebanyak RM2.52 bilion.
Mokhzani
mempunyai sifat terpuji yang perlu dilengkapi dalam diri usahawan.
Antaranya rasa ingin tahu yang
mendalam dan ambil tahu yang ada dalam diri beliau perlu diterapkan dalam setiap anak muda dan
diamalkan agar generasi usahawan berjaya tidak akan lenyap. Sebagai seorang
ahli perniagaan, sikap aktif beliau turut disegani di mana beliau memegang
banyak jawatan dan banyak melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan bidang
seperti Bendahari Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Ahli
Lembaga Pengarah Sapur Kencana dan lain-lain.
Beliau
turut menunjukkan minat sejak dari kecil lagi dalam bidang petroleum. Pengalaman
yang dilalui semasa melanjutkan pelajarannya dijadikan motivasi kepada dirinya
untuk menubuhkan syarikat dan mampu bekerja sendiri. Impian untuk menubuhkan
syarikat sendiri tercapai apabila beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat
pelaburan bernama Kencana Capital Sdn. Bhd ,dalam bidang Oil dan Gas service
provider, IT, automotif dan hartanah. Syarikat beliau
membuat penyelidikan untuk mengembangkan syarikatnya selepas kemajuan syarikat beliau menambahkan semangat kepada
mereka. Beliau belajar cara mengurus perniagaan dari syarikat lain yang sama
aliran dengan mengumpul maklumat dan ambil tahu tentang langkah yang terbaik
untuk dilaksanakan.
2.6
Berorientasikan Hasil
Berorientasikan hasil
bermaksud memperoleh hasil dari sesuatu perniagaan dengan pencapaian matlamat
dalam keusahawanan. Seseorang usahawan akan mementingkan keuntungan yang dapat
diperolehi oleh mereka kerana semua keuntungan ini akan dapat menolong mereka
dalam perkembangan perniagaan mereka. Tambahan pula, dengan mempunyai hasil yang
lumayan, mereka dapat menjalankan penyelidikan tentang produk yang baru dan
dapat membuka pasaran baru dalam perniagaan mereka. Usahawan yang berjaya akan
sentiasa melihat peluang dan mengambil kesempatan untuk melakukan pembaharuan
ataupun perubahan dalam kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan
perniagaan.
Sebagai contoh, Jimmy
Choo yang merupakan usahawan dalam pereka kasut dan telah berjaya mengembang
perniagaannya di merata dunia bukan sahaja terkenal di Malaysia. Beliau lahir
di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan beliau telah mewarisi kepakaran ayahnya
yang merupakan pembuat kasut. Dengan usaha yang berterusan, beliau telah
berjaya membuat sepasang kasut semasa beliau hanya berumur 11 tahun. Beliau
belajar di kolej teknik Cordwainers di England dan beliau telah membuka sebuah
kedai kasut di Hackney di sebuah bangunan hospital lama pada tahun 1986 sebagai
percubaannya yang pertama dalam perniagaan. Namun, perniagaannya merosot
disebabkan jualan kasutnya merosot dalam masa empat tahun. Tetapi beliau tidak
memutus asa untuk melibatkan diri dalam bidang kasut, beliau telah berjaya
merebut peluang untuk mereka kasut kepada Puteri Diana dan akhirnya jualan
kasut beliau berjaya meningkat balik apabila Puteri Diana suka terhadap rekaan
kasutnya. Dengan kesempatan, beliau berjaya menubuhkan Jimmy choo Ltd bersama
Tamara Mellon yang merupakan editor British Vogue.
Dalam sepanjang
perniagaannya, beliau telah dianugerahkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Pahang
atas kejayaannya dalam bidang fesyen, gelaran “Professor” oleh University of
the Arts London yang memberikan sumbangan dalam dunia fesyen dan juga “Order of
the British Empire” oleh Permaisuri Queen Elizabeth II pada tahun 2002. Kasut
yang bertemakan gaya dan kemewahan telah berjaya menarik perhatian ramai
terutama artis di merata dunia. Kegigihan beliau akhirnya mendapat hasil
walaupun sebelum ini menghadapi kegagalan. Kejayaan beliau disebabakan beliau
memikirkan strategi terbaik untuk syarikat dalam meningkatkan kualiti dan
sentiasa berusaha memahami cita rasa pelanggan untuk menghasilkan reka cipta
yang disukai oleh orang ramai.
2.7 Risiko yang Diperhitung
Kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian
daripada ciri yang perlu diamalkan oleh usahawan yang berjaya. Perniagaan yang
dijalankan secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran sehingga merentasi
sempadan akan mengambil risiko untuk mendapatkan keuntungan serta membuat
sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu,
ciri ini hendaklah dirancang dengan teliti serta perlu diimbangi dengan
pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan kesan
negatif kepada perniagaan dan dapat mendapatkan pulangan yang selamat.
Saya berpendapat bahawa bagi ciri kegagalan sebagai satu pilihan yang
boleh membantu seseorang usahawan berjaya dalam biang yang diceburi seperti
berikut adalah Tan Sri Dr. Jefferey Cheah. Beliau memulakan perniagaan dalam
bidang keusahawaaan dan sebagai peneraju bagi kumpulan Sunway.
Perkara yang menunjukkan beliau mengamalkan ciri –ciri tersebut adalah
semasa berlaku kemelesatan ekonomi pada tahun 1985. Pada masa itu, kegawatan
ekonomi menjadi semakin berleluasa dan juga menjejaskan dana saham Syarikat
Holding Berhad. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian yang
besar Beliau telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah
kerugian semasa kegawatan ekonomi. Masalah ini dapat mendorong beliau
mempelbagaikan kepada beberapa jenis bidang yang boleh diceburi supaya
mengurangkan risiko yang dihadapi. Maka, beliau memulakan membuka perniagaan
baru dari pelbagai sector khususnya
seperti perhotelan, pelaburan, pembangunan hartanah dan sebagainya.
Seterusnya, beliau juga membuat keputusan untuk mengurungkan beban
syarikat, maka menjual jentera yang tidak diperlukan dalam proses perniagaan
seta menutup perniagaan yang membawa hasil yang sedikit pada krisis ekonomi
tahun1997. Tan Sri. Dr Jeffrey Cheah mengambil risiko untuk membina Bandar
Sunway di kawasan bekas lombong tersebut, walaupun ditolak oleh orang ramai
tetapi beliau masih meneruskan pembinaan tersebut. Beliau Berjaya membangunkan Bandar Sunway
dengan kelengkapan pebagai kemudahan.
2.8 Kegagalan adalah satu pilihan
Seseorang usahawan yang berjaya tidak boleh menerima sebarang kegagalan
dalam bidang yang diceburi. Tetapi, mereka cuba melihat kegagalan yang dihadapi
sebagai pengerak utama bagi mengejarkan matlamat yang ingin dicapai. Dari kegagalan
mendorong seseorang menjadi lebih bersifat insiatif untuk melihat persekitran
secara keseluruhan supaya dapat mengenal pasti dan menganalisiskan peluang yang
wujud pada masa itu. Mereka perlu menerima segala kegagalan yang dihadapi dan
terus memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Kebanyakan usahawan yang gagal akan cepat berputus asa dalam bidang yang
telah diceburi. Walaubagaimanapun, usahawan yang berjaya akan menerima
kegagalan sebagai peluang menimba ilmu pengetahuan dan membuka minda supaya
mencapai matlamat. Kegagalan adalah satu pilihan juga merupakan salah satu
sifat yang harus dimiliki oleh seseorang usahawan untuk menyelesaikan masalah
secara berterusan dengan menggunakan strategi-strategi yang berkesan.
Ciri kegagalan adalah satu pilihan yang diamalkan oleh seorang usahawan
iaitu Colonel Harland David Sanders. Beliau pandai memasak dan makanan tersebut
yang disukai oleh penduduk setempat. Pada masa itu, beliau memulakan perniagaan
secara kecil-kecilan supaya memenuhi permintaan penduduk setempat dan
perniagaan ini dikembangkan secara langsung sehingga sebagai “Kentucky” di
Pekan Corbin. Pada umur 65 tahun, beliau mempromosikan resipi masakan ayam
goreng supaya perniagaannya menjadikan sebagai francais. Resipi tersebut
ditolak oleh restoran-restoran sebanyak 1009 kali tetapi beliau tidak berputus
asa dalam bidang yang diceburi. Beliau cuba menggunakan strategik-strategik
yang berkesan untuk mengubahkan repisi sehingga diterima oleh orang ramai. Hal
ini membukitkan bahawa kegagalan kali pertama dalam perniagaan tidak menentukan
akan gagal pada masa yang akan datang. Kegagalan sendiri bukan alasan untuk
anda harus berhenti, keadaan tersebut hanyalah ketika diberi pengajaran lebih
terhadap perjuangan anda.
2.9 BERORIENTASIKAN PASUKAN
Orientasi berpasukan merupakan satu kaedah terbaik bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang usahawan. Hal ini
kerana kekuasaan sesebuah pasukan dapat menjana pelbagai idea yang bernas serta
mengenal pasti jalan penyelesaian dapat diperolehi oleh ahli pasukan semasa perbincangan.
Komunikasi amat dititikberatkan dalam perbincangan kerana komunikasi yang baik
antara ahli pasukan bukan sahaja dapat mempercepatkan proses pembuatan
keputusan dalam jangka masa yang pendek. Hal ini dapat mengelakkan pertelingkahan
dan dapat membina suasana kerja yang kondusif. Perniagaan yang berjaya bukanlah
dibina oleh seorang sahaja tetapi memerlukan tenaga dan usaha daripada ahli
pasukan bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang perniagaan.
Usahawan yang mengamalkan konsep ini ialah Larry Page . Beliau adalah seorang pengasas Google yang terkenal dan juga
berperanan sebagai pengarah bagi syarikat multinasional. Beliau berfokus kepada
memberikan perkhidmatan berasaskan enjin carian iaitu internet. Pada mulanya,
beliau berusaha mencari seorang teman yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman
yang luas dalam bidang matematik dari World Wide Web. Pada masa itu, seorang
individu yang bernama Terry Winograd. Beliau mempercayakan dan menerima
pendapat daripada Terry Winograd. Beliau bekerjasama dengan Terry Winograd
untuk memulakan bidang ini. Idea yang diberikan oleh Terry Winograd dapat
membantu beliau mengejarkan matlamat lebih efektif.
Semasa belajar di Universiti
Stanford, beliau menemui Sergey Brin, hubungan mereka tidak erat kerana mereka
mempunyai pandangan yang berbeza dalam bidang tertentu tetapi akhirnya
mereka mencapai satu semangat pakatan
yang rapat dapat menarikkan minat mereka
dalam topik. Topik yang dibincangkan adalah mengenai pencarian maklumat dari
kumpulan data besar. Pada masa kini, Google telah menubuhkan sebuah pasukan
yang sempurna untuk menguruskan dan mengembangkan Google supaya menghasilkan
sesuatu yang boleh memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, beliau menubuhkan satu
pasaukan yang berlainan dengan pasaukan yang ditubuhkan sebelum itu untuk
menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan dan mencapai matlamat yang telah
ditetapkan iaitu untuk menyusun maklumat dunia
dan menjadikannya mudah diakses di serata dunia. Beliau dengan rakannya
mempunyai misi yang sama untuk mengejarkan matlamat. Orang terkaya di dunia
mengikut urutan ke-19 dipegang oleh Larry Page, kelahiran Rusia yang terkenal
dalam Google dan ia kembangkan bersama rekannya Sergery Brin. Pada tahun 2016
ini, Majalah Forbes membuktikan bahawa jumlah kekayaan bersih telah mencapai
US$ 29.9 juta melampaui rekannya tersebut.
3.0 CIRI USAHAWAN
Robert
Kuok dilahirkan di Johor Bahru, Malaysia pada bulan Oktober 1923. Keluarga
beliau berasal dari wilayah Fujian, China. Beliau adalah seorang usahawan yang
paling terkenal di Malaysia dan juga diberi gelaran “Raja Gula” dan “Hotel
King”. Beliau menamatkan pengajian di sekolah Inggeris di Johor Bahru di Malaysia
dan Kolej Raffles di Singapura. Pada masa yang sama, beliau bekerja di bawah
Mitsubushi Shoji Kaishi yang menjalankan perniagaan jual beli iaitu menjual
beras, gula dan garam. Pasukan yang berada di bawah kepimpinan beliau
berkembang menjadi sebuah empayar perniagaan yang sangat luas.
Selain
itu, syarikat telah diluaskan ke luar negara adalah seperti Singapura,
Thailand, China, Indonesia dan Australia adalah skop perniagaan utama bagi
pencapaian beliau. Beliau telah menjalankan pelbagai perniagaan adalah seperti
bidang perladangan tebu, pembuatan gula, penghasilan tepung, memprosesan minyak
hingga ke perlombongan hartanah, kewangan, perhotelan, perindustrian,
pertanian, perdagangan dan perkapalan. Robert Kuok telah mengawal 80% pasaran
gula Malaysia dan sebahagian daripada 20% adalah pasaran gula di seluruh dunia.
Hal
ini menunjukkan beliau telah berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Berdasarkan
penyelidikan daripada Forbes, nilai kekayaannya dianggarkan sebanyak $11.3
bilion pada tahun Mac 2016 oleh Robert Kuok. Hal ini menunjukkan beliau sudah
dikenal pasti sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut. Beliau juga sebagai
seorang dermawan yang terkenal yang sanggup mendermakan sebahagian hartanya
dengan tujuannya untuk kebajikan
masyarakat. Terdapat beberapa ciri yang diamalkan oleh Robert Kuok adalah
berikutnya:
Seseorang usahawan
perlulah sentiasa memerhati sekeliling
dengan peka dengan isu-isu masyarakat, memberi perhatian, sentiasa mencari
dan mencipta peluang untuk mencapai kejayaan. Beliau mengambil peluang untuk
mengembangkan perniagaannya selepas zaman orang British mahu meninggalkan
Malaya.
Di samping itu, Robert
Kuok bukan sahaja melibatkan diri dalam sejenis perniagaan sahaja. Melalui
pemerhatiannya, beliau mendapati negara China akan menjadi destinasi
pelancongan yang terkenal kerana negara China mempunyai ramai orang yang
mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengeluran barangan yang unik dengan
harga yang murah dan tempat yang bersejarah yang dapat menarik pelancong asing
ke sana. Hal ini menyebabkan beliau telah melibatkan diri dalam industri
pelancongan di China supaya dapat memperluaskan bidang perniagaan lain.
Selain itu, beliau
membuat keputusan untuk bekerjasama dengan kerajaan dengan penubuhan Perlis
Plantations Berhad. Hal ini menunjukkan beliau berpandang jauh dengan
menggunakan satu kawasan yang terbiar di Perlis untuk menjadikan Cane Garden
berskala besar-besaran untuk menghasilkan gula. Beliau tidak berputus asa dan
berusaha mencari peluang yang diwujud di persekitaran kerana gula adalah
keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Ini adalah kerana beliau ingin
mengurangkan beban rakyat Malaysia dengan menetapkan harga yang rendah.
Rangkaian
perniagaan amat signfikan kepada usahawan untuk
mengembangkan perniagaannya. Rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan
usahawan cina seperti Liem Sioe Liong dan Datuk Tan Chin Nam perlu dipelihara
dengan baik bagi menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas.
Robert Kuok dikenali
sebagai seorang yang teliti, kurang bercakap tetapi mempunyai sifat yang
berdikari, pertuturan lemah lembut jadi orang suka bergaul dengannya. Beliau
mewarisi perniagaan bapanya yang menguruskan perniagaan jual beli iaitu
Syarikat Tong Seng dan mengamalkan hubungan yang baik dengan pemimpin Johor
untuk belajar cara membina hubungan rapat dengan orang sekeliling. Beliau
pernah berkata: “ Jika seseorang boleh meningkatkan kemahiran komunikasi, maka
dunia akan menjadi lebih dekat kepada-Nya.” Hal ini menyebabkan beliau belajar
memupuk tabiat yang baik sejak kecil dan beliau boleh menguasai dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Cina dengan
baik. Ini telah membolehkan beliau dapat berinteraksi baik dengan ahli politik di Malaysia pada
masa hadapan.
Perkenalan pertama
antara Robert Kuok dengan China bermula semasa perang perdagangan gula. Pada
tahun 1960, selepas industri keluarga Indonesia Oei Tiong Ham diambil alih oleh
kerajaan Indonesia, Kementerian Perdagangan Luar Negeri China mendapat peluang
untuk mengeksport gula dan menjual gula di Malaysia untuk menguasai pasaran
dalam jangka masa panjang. Manakala beliau mengambil keputusan untuk
mengimportkan gula dari India dengan harga yang lebih rendah untuk mendapatkan
semula tanah kilang tempatan. Beliau juga
membeli gula mentah dari Thailand dan memproseskan semula gula
menjadikan gula yang bertulen serta mengagihkan ke seluruh dunia dengan
mendapat bantuan daripada industri Hong Kong sebagai ejen yang berperanan menjualkan gula yang diperolehi kepada China.
Keadaan ini menyebabkan negara China mengurangkan pengeluran gula dan telah
mengalami kerugian yang besar. Hal ini telah membuktikan beliau adalah seorang
yang bijak dalam mengurus perniagaan dan juga digelar sebagai “Raja Gula”.
Selepas itu, kerajaan China berkenal dengan Kuok dan memandang tinggi tentang
personaliti Kuok. Jadi, pihak China menjalankan urusan perniagaan gula dengan
Kuok melalui pertubuhan perniagaan di Hong Kong.
Beliau juga teleh
menubuhkan Kerry Trading Company (Kerry) di Hong Kong dan melangkah ke bidang
media serta hartanah seperti South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa
Inggeris yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga telah
menguasai The Bangkok Post. Bukan itu sahaja, beliau juga mengambil peluang
dengan melibatkan diri dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan pernerbitan
dengan mengambil alih TVE Holdings. Kemudian, beliau berturut-turut di
Malaysia, Thailand, Hong Kong, Fiji, Korea Selatan, Filipina, Australia,
Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara lain menubuhkan rantaian hotel yang
lima bintang bagi Shangri-La. Rangkaian yang dibuat oleh beliau membolehkan
beliau sering menerima anugerah dalam pertandingan antarabangsa dalam industri
perhotelan.
Tan
Sri Robert Kuok tidak menyukai masyarakat menamakan beliau sebagai Sugar King
disebabkan beliau menceburi dalam banyak perniagaan termasuk rangkaian Hotel
Shangrila. Beliau merupakan usahawan yang
realistik kerana beliau tidak hanya menceburi dalam bidang industri gula
sahaja. Beliau menyatakan bahawa: “setiap perniagaan ada risikonya, maka anda
takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja.” Beliau juga telah
menyatakan bahawa seorang usahawan perlu berani untuk membuka pasaran yang baru
dan bukan sahaja menceburi sendiri dalam bidang tertentu sahaja, tiada
perubahan bermakna seseorang usahawan tersebut hanya akan membawa keuntungan
yang terhad sahaja.
Beliau
pernah mencadang melaburkan semua wang syarikat ke dalam projek penapisan gula
kerana gula pasir juga memainkan peranan yang penting dalam sektor makanan
selain tepung gandum, dalam ini beliau juga telah menyatakan bahawa pasaran
gula tidak seperti petrokimia dengan permintaan yang tidak menentu dan
merupakan perniagaan yang paling mudah untuk mendapatkan keuntungan kerana
industri teknologi maklumat belum lagi bermula pada masa itu. Tegasnya, tindakan
Tan Sri Robert Kuok yang berani memasukkan semua wang ke dalam satu perniagaan
bermakna beliau sangat realistik terhadap perniagaan yang boleh meraut
keuntungan dalam jangka masa yang paling pantas.
Selain
itu, Tan Sri Robert Kuok tidak menghadkan perniagaannya dalam bidang gula
sahaja, beliau telah bercuba menubuhkan hotel pertama beliau yang bernama Hotel
Shangri-La di Singapore pada tahun 1971. Pada tahun yang sama, beliau telah
memasuki industri hartanah di Hong Kong apabila beliau mengambil alih sebidang
tanah yang bertempat di Pantai Timur Tsim Sha Ysui dan beliau telah mengambil
kesempatan untuk membina hotel yang kedua di tempat tersebut iaituKowloon
Shangri-La. Kemudian, beliau berpendapat bahawa industri pelancongan di China
akan berkembang pesat pada masa hadapan dan telah mendapatkan peluang untuk
menubuhkan Hotel Shangri-La di Hangzhou, China. Dengan sikap realistik yang
dimiliki oleh beliau telah berjaya membina sebanyak 72 buah Hotel Shangri-La di
seluruh China dan kini beliau bukan sahaja mempunyai pelaburan di China, beliau
juga telah melabur di banyak negara seperti Singapore, Filipina, Thailand dan
sebagainya untuk mendapatkan keuntungan yang paling maksimum.
Usahawan
yang serba boleh bermakna usahawan
tersebut mampu buat apa-apa sahaja dengan tujuan memajukan perniagaan mereka.
Seseorang yang bijak dalam mengendalikan situasi yang akan berlaku pada masa
hadapan. Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri, namun
kini beliau telah menjadi orang utama syarikat multinational, kumpulan Kuok.
Syarikatnya mempunyai banyak pelaburan di banyak negara di Asia selain daripada
pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia. Perniagaannya merangkumi
daripada penanaman tebu, penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan
binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah,
perdagangan dan pengangkutan serta penerbitan.
Beliau
dikatakan serbu guna disebabkan beliau telah menceburi dalam pelbagai industri
dan bukan sahaja terhad dalan industri gula sahaja seperti industri pelancongan
dan media. Beliau menegak bahawa negara China akan menjadi destinati
pelancongan yang hebat kerana mempunyai tempat bersejarah yang banyak walaupun
kemudahan pelancongan di negara China menghadapi keadaan serba kekurangan
terutama tandas pada masa itu. Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau tetap
berusaha untuk membangunkan industri pelancongan di China dan kini telah
mempunyai keputusan yang cemerlang dalam bidang tersebut.
Di
samping itu, para peniaga yang beliau jumpai di negara barat kagum atas
pendirian beliau yang serba guna disebabkan beliau mampu berbahasa Inggeris
dengan baik sebagai seorang berketurunan Cina dan ia merupakan kunci kejayaan
beliau berjaya dalam industri penapisan gula. Akhirnya, beliau telah berusaha
gigih untuk pergi ke lima hingga enam buah pejabat dengan pegawai-pegawai
syarikat untuk meninjau pendapat mereka sebelum melapor melalui telegram ke
Singapura supaya boleh dapat maklumat yang paling tepat dan terkini, beliau
juga bekerja hingga lewat malam dan tidur tidak sampai sejam malah kadangkala
beliau akan meneruskan kerjanya pada hari keesokkan jika tertidur dalam
pejabatnya.
Seorang usahawan yang
berjaya dalam bidang perniagaan perlu mengamalkan sifat berwawasan dan sentiasa
mengeratkan hubungan yang baik dengan pekerja. Kerjasama dengan pekerja amat
signifikan oleh sesebuah perniagaan apabila menghadapi masalah dapat diselesai
dengan cepat melalui idea-idea yang diperolehi dalam kalangan pekerja. Beliau
yang mengamalkan ciri berpasukan yang
berorientasikan. Beliau merupakan seorang usahawan yang terkaya di dalam kalangan usahawan lain. Beliau
memulakan perusahaan pertama iaitu perniagaan gula.
Pada tahun 1957, beliau
membuat keputusan untuk melawat ke London dengan tujuan untuk mempelajari
perdagangan komiditi iaitu mengenal pasti segmen permintaan yang mana patut
diberikan tumpuan dan teknik yang digunakan oleh orang putih untuk menghasilkan
gula. Sebelum melawat ke London, beliau
menolong bapany iaitu Kuok Keng untuk mengurus perniagaan Tong Seng. Belaiu
cuba menganalisis permintaan di pasaran supaya dapat membantu perniagaan
berkembang dengan cepat. Beliau juga mengeratkan hubungan yang rapat dengan
syarikat tempatan London supaya syarikat tersebut membekalkan sumber-sumber yang berkualiti
tinggi dengan harga yang berpatutan bagi menghasilkan gula yang bertulen.
Pada tahun 1958, beliau
telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Sugar Manufacturing Company
berkerjasama dengan Mitsui Bussan Khaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing.
Pada tahun1968, beliau berjaya membangunkan sebuah kilang yang menghasilkan
gula dan membina sebuah kilang tepung di bahagian utara Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga menceburi dalam
bidang perladangan tebu pertama di Malaysia di atas tanah milik kerajaan
mendapat sokongan daripada FELDA. Beliau membuat keputusan untuk mengekalkan
kontrak dengan kerajaan Indonesia supaya dapat mengembangkan ladangnya ke negara jiran iaitu
Indonesia. Beliau dapat
berkerjasama dengan pihak berkuasa di
negara tersebut iaitu Lembaga Tabung Angkatan
Tentera dan Amanah Saham National supaya dapat kebenaran untuk membuka
lading di kawasan tertentu. Kerjayaan beliau telah memberikan galakan dan dorongan
kepada kerajaan Malaysia untutk menubuhkan Syarikat Penerbangan
Malaysia-Singapura dan juga menubuhkan sebuah syarikat perkapalan
yang pertama di Malaysia. Syarikat perkapalan telah dikenali sebagai Malaysia Shipping Line Corporation (MISC) sehingga
sekarang.
Selain itu, beliau juga
mengembangkan perniagaan kepada bidang lain iaitu perhotelan. Beliau mengambil
berat tentang keperluan pekerja agar
mereka dapat bekerja dengan lebih bersemangat dan aktif unutuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan kepada pelangga. Hal ini disebabkan pelangga sebagai pihak
yang berkepentingan dalam perniagaan. Permintaan pelanggan dapat dimuaskan
dapat meningkatkan imej hotel. Bagi Robert Kuok, berpasukan yang unggul dapat
mengekalkan tahap perniagaan beliau.
4.0 PENUTUP
Dalam
kajian ini, kami telah mendapati ciri-ciri keusahawan dengan secara ringkasnya
yang patut dimiliki oleh setiap usahawan iaitu berwawasan, rangkaian, taat,
proaktif, budaya terbuka, berorientasikan hasil, risiko yang diperhitung,
kegagalan adalah satu pilihan dan berorientasikan pasukan. Sembilan ciri-ciri
keusahawan ini dapat membantu usahawan berjaya di perniagaan mereka dengan
lebih cepat dan juga berkesan
Kami juga
telah membuat analisis atas seorang usahawan dalam kajian ini iaitu Robert Kuok
yang merupakan “Raja Gula” yang terkenal di pasaran perniagaan. Namun beliau tidak
pernah berpuas hati dengan pernamaan ini, beliau telah bercuba melibatkan diri
dalam pelbagai bidang perniagaan bukan sahaja dalam bidang gula sahaja. Beliau
telah berjaya menciptakan kerjayaan yang cemerlang dalam bidang hotel,
hartanah, kewangan, perindustian, perdagangan dan juga perkapalan untuk
memaksimumkan keuntungannya.
Secara
fakta, Robert Kouk tidak mungkin berjaya dalam perniagaannya hanya bergantung
dengan model yang ada, beliau telah melaksanakan pelbagai teknik dan juga ciri
keusahawan yang membantu beliau menguasai pasaran dengan berkesan. Antaranya
beliau sentiasa memerhati sekeliling dengan peka dengan isu-isu supaya tidak
melepaskan sebarang maklumat ataupun peluang yang penting dalam perniagaan dan
sentiasa menjaga rangkaian perniagaan yang dapat menjamin perkembangan
perniagaan dengan lebih luas dan lancar.
Selain itu,
beliau juga telah bersikap realistik iaitu beliau menjelaskan sendiri tidak
bolah hanya menceburi diri dalam bidang gula sahaja yang hanya dapat membawa
keuntungan yang terhad, oleh itu beliau bermula mencari pasaran yang lain untuk
memaksimumkan keuntungannya. Seterusnya beliau mempunyai ciri serba boleh
memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang perniagaan kerana usahawan
dapat memperoleh kepercayaan pelabur dengan lebih mudah melalui keupayaan yang
serba boleh, contohnya Robert Kuok dikagumi oleh peniaga lain di negara barat
bahawa pendirian beliau yang serba guna dengan beliau menguasai bahasa Inggeris
dengan baik walaupun beliau merupakan keturunan cina. Akhirnya, berpasukan yang
berorientasikan telah diamalkan oleh beliau dalam pengurusan perniagaannya, ini
telah berjaya membantu beliau dapat memperoleh idea-idea yang berlainan
daripada pasukan yang dimiliki olehnya dan membantu beliau dapat mengembangkan perniagaannya
dengan berkesan.
Secara
keseluruhannya, ciri-ciri keusahawan sangat penting kepada usahawan untuk
berjaya dalam kehidupan mereka. Usahawan boleh berjaya bila-bila masa tanpa
mengira bidang dan juga umur menceburi mereka sendiri dalam bidang perniagaan
selaginya mempunyai pemikiran yang berpotensi dan relevan, ini telah bermakna
semua orang mempunyai potensi untuk memiliki kerjayaan sendiri dalam kehidupan
asalnya mempunyai idea dan teknik perniagaan yang cemerlang.
Rujukan
Annabelle
R. Gambe. (1991) Overseas Chinese Enterpreneurship and Capitalist Development
in Southest Asia. Lit Verlag Munter- Hambury-London
Ashadi Zain. (2004) 66
Usahawan. PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
H.Abdullah
Ahmad.
(2012). Berani Tanpa Segan. Grup Buku Karangkraf
Coulter, M.
(2000). Entrepreneurship in Action. New Jersay: Prentice Hall
Kamariah Wahad. (2006). Rahsia Cepat Naik Pangkat.
Perpustakaan Negara Malaysia
Lauren
Goldstein Crowe, Sagra Maceira de Rosen (2009) The Jimmy Choo Story. Great
Britain
Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Narashidah Hashim,
Ooi Yeng Keat. (
2010). Keusahawanan: Teori dan Praktis ( Edisi Kedua). Mc Graw-Hill( Malaysia)
Shd Bhd
Norita
Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusof Mohd
Jani, Mohd Khairuddin Hashin. (2007). Keusahawanan. Mc Graw-Hrill (Malaysia) Sdh Bhd
R.
Ampalanavaner Brown. (1943). Chinese Bussiness Enterprise (Volume 4). London and
New York
Rosli Mahmood, Lily
Julienti Abu Bakar, Mohamas Yusof Mohd Jani, Muhammad Shukri Bakar, Norita
Deraman, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Rosli Mohd Saad, Azrain
Nasyrah Mustapa. (2007) Prinsip-Prinsip
Asas Keushawanan. Malaysia. KHL Printing CO. Shd Bhd.
Sexton. D. L&
Bowman-Upton, N. (1991). Enterpreneurship. New York. Mascmillan Dafna Kariv
(2011) Entrepreneurship: An International Introduction. Routledge
Sheila
Griffin Llanas. (1958). Colonel Harland Sanders: KFC Creator. Abdo Publishing
Sudin Haron, (1990)Kaedah Menjadi Usahawan yang
Berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Zafir Mohd
Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun. (2003). Menjadi Usahawan. PTS Professional Publishing
Sdh Bhd
The Star:
Down to Earth Tycoom (19 September 2012)
http://www.biography.com/
http://www.kentuckyfriedcruelty.com/
http://www.melaka.gov.my/
Bahagian K- Ekonomi Jabatan Ketua Menteri Melaka
(2004). Buletin ICT Negeri Melaka
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino 문경 출장샵 & Hotel · 3401 광명 출장샵 North Carolina 전라북도 출장샵 Avenue Cherokee, NC. Directions · (877) 469-3380. Call Now 안동 출장샵 · More Info. 속초 출장샵 Hours, Accepts Credit Cards,